skip to main | skip to sidebar

IsLam DihAtIku.....

Pages

  • Home

Friday, November 11, 2011

kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib


Berikut adalah 40 nasihat dan kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana kata-kata pujangga nasihat yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.Nasihat dan Kata-kata hikmah dari Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sentiasa menjadi ikutan dan panduan oleh umat Islam.Di harap Nasihat dan kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib menambahkan lagi iman kita.Kata-kata pujangga nasihat
  • 01. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
  • 02. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
  • 03. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
  • 04. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
  • 05. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
  • 06. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
  • 07. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
  • 08. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
  • 09. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
  • 10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
  • 11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
  • 12. Mengajar adalah belajar.
  • 13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
  • 14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta
    seperti kambing.
  • 15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.
  • 16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
  • 17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
  • 18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
  • 19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
  • 20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
  • 21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
  • 22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
  • 23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
  • 24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
  • 25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
  • 26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
  • 27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
  • 28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
  • 29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
  • 30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
  • 31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
  • 32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
  • 33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
  • 34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
  • 35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
  • 36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
  • 37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
  • 38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
  • 39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
  • 40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam…
Antara kata-kata Hikmah Saidina Ali :
  • ~ Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.
  • ~ Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.
  • ~ Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.
  • ~ Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.
  • ~ Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.
  • ~ Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.
  • ~ Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
  • ~ Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.
  • ~ Tidak ada pujian bersama kesombongan.
  • ~ Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.
  • ~ Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.
  • ~ Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.
  • ~ Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
  • ~ Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
  • ~ Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
  • ~ Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
  • ~ Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
  • ~ Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
  • ~ Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
  • ~ Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
  • ~ Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
  • ~ Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
  • ~ Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.
  • ~ Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
  • ~ Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.
Posted by shahrul fazlie@sam at 7:54 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, July 5, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….

  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Posted by shahrul fazlie@sam at 6:58 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Thursday, April 7, 2011

tudung wajib..


Kera Hanya Bertudung Bila......


Kera:
..................

Pelik tapi benar. Pedih tapi realiti. Kera yang mendapat tudung akan memakai tudung itu, TETAPI bukan dalam setiap masa yang diwajibkan. Kera akan bertudung mengikut kesesuaian situasi dan suka-suka hati beliau. Kera lazimnya akan bertudung bila...


1. Ziarah Kubur@Seseorang Yang Nazak

Bagus, pakai tudung sebagai tanda hormat . Menziarah seseorang yang telah meninggal dunia patut meninggalkan keinsafan pada diri. Sempatkah beliau bertudung dan menutup aurat dengan sempurna sebelum mati yang datang tiba-tiba ? Itupun, kera masih tidak bertudung lagi...dengan alasan belum bersedia..


2. Hadir Mahkamah Syariah

Sepanjang hidup berumah tangga jarang-jarang sekali menyentuh tudung. Bila dalam proses cerai dengan suami, maka terpaksa berurusan dengan mahkamah syariah. Di sana pula, dimestikan tutup aurat. Maka kera terpaksalah bertudung...kerana prosedur..


3. Akad Nikah Dalam Masjid

Ada mereka yang siap lengkap bertudung dan menutup aurat bila akad nikah. Mungkin adanya sedikit 'respect' pada (masjid ) rumah Allah atau mungkin malu pada Imam. Malangya, bila sampai hari persandingan, kera pun membuang tudung dan pakaian tutup auratnya, lalu memakai pakaian-pakaian pengantin yang ketat, jarang dan nampak sini-sana untuk nampak glamour..


4. Pegang Watak Perempuan Alim Dalam Drama

Dirinya yang sebenar adalah "kaki tidak bertudung tegar", tetapi pengarah drama suruh pakai tudung dalam 'scene' sebab mahu menghidupkan watak. Maka kera terpaksalah bertudung...


5.Pergi Sekolah

Pakai tudung tudung untuk cukup syarat sahaja kerana mahu lengkapkan pakaian seragam sekolah. Bila keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan , kera mula membuang tudungnya...


6. Dalam Pejabat
Kalau tak pakai tudung nanti kena umpat oleh rakan sepejabat ataupun nanti kena 'sound' dengan bos ataupun takut dikritik oleh klien. Nak jaga periuk nasi punya pasal, kera terpaksalah bertudung...
7. Kenduri Kahwin
Itupun sesetengah kenduri kahwin sahaja pakai tudung. Pakai sebab nak tunjuk style tudung terkini yang dipadankan dengan baju kurung terbaru kepada para tetamu yang hadir. Ataupun mungkin malu pada sanak-saudara yang dah biasa lihat beliau bertudung.Maka, kera pun bertudunglah...

8. Pergi Haji Dan Umrah
Bagus, pakai tudung dan jubah lengkap menutup aurat bila pergi ke Tanah Suci. Tetapi, bila balik ke Malaysia, kera kembali membuang tudung dan memakai ketat-ketat semula. Kera yang tidak sungguh-sungguh bertaubat dan membetulkan dirinya...ikut perangai lama semula.

..........................................
Memanglah soal dosa dan pahala urusan Allah. Tetapi kalau sudah terang-terangan main-main dengan kepentingan "bertudung" yang diwajibkan oleh Allah, masih bolehkah kita berkompromi ?


**Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri anda dimuliakan. Amin
Posted by shahrul fazlie@sam at 10:25 AM 1 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Tuesday, January 18, 2011

KETAHUILAH WAHAI WANITA

1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.

2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.

4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.

5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.

6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.

7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.

8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu

Posted by shahrul fazlie@sam at 4:14 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sahabat2...


Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Posted by shahrul fazlie@sam at 4:10 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Friday, December 31, 2010

solat!!!


Assalamualaikum sdra,sdri yang dihormati sekelian dan didoakan semuga sentiasa dirahmati ALLAH.

Bismillahirrahmanirrahim.

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1 atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang.
Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!.Betullah tu, pandai pun dia jawab.
Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang?

Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.
Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.
Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi.
Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.
Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila Brazil masuk World Cup final, sembahyang pun qada'.Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia.
Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang
Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat!

Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.
Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja.
Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'.
Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible!
Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.
Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya.
Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin
Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka.
Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka.
Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin
Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH.
Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!.
Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!.
Marilah kita berusaha sungguh-sungguh untuk meningkatkan sembahyang ke peringkat 7 atau 8 kalau kita sayangkan diri kita. (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita).
Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalamin.

Posted by shahrul fazlie@sam at 10:47 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

LAKNATULLAH!!!(BIO IBLIS)

Tahukan anda biodata IBLIS :

Nama: Iblis laknatullah

Tempat lahir: bermula dari keenganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal di dunia: Di dalam hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat: Neraka jahanam

Kawasan legarnya: setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanannya: tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat: semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan: angan-angan kosong

Tempat pertemuan: Pasar dan pusat membeli belah.

Musuh ketat: Orang islam yang beriman dan bertaqwa

Kegemaran: melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Matlamat: supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk Ke neraka jahanam.

Kelemahan: Bila orang membaca istighfar

Lambang: sebarang tatu

Pejabat operasi: tandas, bilik air, tempat bernajis serta tempat maksiat.

Rakan kongsi: golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber: segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Makanan kegemaran: daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti : orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Tempoh perkhidmatan : sehingga hari kiamat

...dgn itu sesame la kite menjadi org yg bertakwa dan berdoa kpd Allah SWT moga dijauhkan dari iblis laknatullah....insyaAllah...

Posted by shahrul fazlie@sam at 10:46 AM 0 comments Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home


About Me

My photo
shahrul fazlie@sam
View my complete profile

Followers

Powered by Blogger.

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............

SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............

AMMA BA'DU,


Dapatkan animasi di Sini


AL KISAH!!!

  • tudung wajib..
    Kera Hanya Bertudung Bila...... Kera: .................. Pelik tapi benar. Pedih tapi realiti. Kera yang mendapat tudung akan memakai t...
  • (no title)
    Jom ke Ijtima’ Tarbawi 2011:Mencetak Kader Dakwah, Menyimpul Ukhuwwah Mencetak Kader Dakwah, Menyimpul Ukhuwwah Gerakan Islam ini semak...
  • (no title)
    Rama-rama vs Wanita Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka,ceria dan terpesona.Ramai yang akan tersenyum melihat kec...
  • (no title)
    Allahu Rabbi aku minta izin Bila suatu saat aku jatuh cinta Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang Hingga membuat lalai akan adanya ...
  • (no title)
    Wanita Yang Indah A duhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh...
  • kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib
    Berikut adalah 40 nasihat dan  kata-kata hikmah Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana kata-kata pujangga nasihat yang terdapat di dalam ...
  • tuhan(ALLAH KU YG SATU)
    Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku Tuhan aku tahu...
  • (no title)
    Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kit...
  • Sahabat2...
    Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. M...
  • (no title)
    KETAHUILAH WAHAI WANITA 1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama set...

My Blog List

  • Tariqah Naqshabandiyyah Khalidiyyah
    12 JAN 2020 (AHAD) 9 AM - 2 PM MAJLIS HAUL AKBAR 3 MASYAIKH DI PUSAT TAHFIZ & DAKWAH MANARAH
    6 years ago
  • DaKwaH hIDupKu
    Pos Brooke Gua Musang
    10 years ago
  • ..Kesibukan Memberi Pengertian...
    Silap menyelami minda muda
    13 years ago
  • **s0LeHah HumAIrA**
    15 years ago
  • PeRjAlaNan KehiDUpAn
    KetEnaNgaN Bagi HatI YanG ReSah
    15 years ago
  • ReNuNGan BeRSaMa
    Disebalik kisah surah An-Nahl ayat 92 berkaitan jodoh.
    15 years ago
  • TajDId HaDhAri
    BERSABARLAH MENGHADAPI UJIAN
    15 years ago
  • AbuZarinHarun

Sekilas PanDaNg

Sekilas PanDaNg

santai corner




Gratisan Musik

Dapatkan animasi di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 
Copyright (c) 2010 IsLam DihAtIku...... Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes